Tuesday, July 20, 2010

Pengambilan kumpulan pelajar pertama adalah pada Januari 2007. Alhamdulillah...dengan izin Allah, seramai 18 orang pelajar mendaftar. Berbekalkan semangat dan kekuatan yang diberi oleh Allah, Ustazah Nazilah dan Cikgu Ju telah menjalankan tugas besar ini dengan baik.

Monday, July 19, 2010

Objektif Penubuhan




• Mewujudkan suasana dan persekitaran yang dapat membantu perkembangan kanak-kanak seawal usia 4 tahun..
• menerapkan elemen kecintaan terhadap alam dan penciptanya.
• melahirkan generasi yang bukan sahaja pintar dari segi akademik malah seorang muslim yang soleh
• membina keberanian dan keyakinan diri.
• melahirkan modal insan ibarat PERMATA buat agama dan negara.